Sejarah Kantin SKTTDI Jaya, Shah Alam
- Kantin SK Taman Tun Dr Ismail Jaya telah mula beroperasi bermula Julai 1997 iaitu mulanya sekolah ini di buka di bawah pentadbiran Guru Besar pertama iaitu En Zainuddin b. Kadri. Pada masa tersebut bilangan kerusi meja kantin mampu menampung sekitar 1000 murid sahaja di samping ruang makan guru yang terhad.
- Walau bagaimanapun dari tahun ke tahun kantin menjadi semakin luas sejajar dengan bilangan murid yang semakin bertambah. Kantin sentiasa mengalami perubahan di bawah pentadbiran Guru besar En Adnan b Ali dan Pn Hjh Norishah bt Harun.
- Hari ini di bawah pentadbiran Pn Hjh Mariah bt Mahat, Guru Besar Cemerlang, kantin telah dinaik taraf bagi memastikan keselesaan, keceriaan dan keselamatan murid-murid.
- Dengan nama “ Café De Bonda ” telah melonjakkan nama kantin SK Taman Tun Dr Ismail Jaya setanding dengan kantin-kantin hebat di sekolah lain.
No comments:
Post a Comment